RZAC Cosmetic
Bangunan RZAC, No.4A, B, C,
Jalan Todak 3,
13700 Pusat Bandar Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Tel: 04-3989000 / 04-3866128
Fax: 04-3987000
Email: kayrzac@gmail.com
Waktu operasi:
Isnin - Ahad : 10.00 A.M - 7.30 P.M
Cuti : Selasa
Kata-kata Pengasas![]() Syukur Ya Allah kerana penat jerih selama ini untuk membangunkan nama RZAC COSMETIC terbayar, apabila mula melihat pada perkembangan pengguna setia RZAC COSMETIC yang semakin hari semakin meningkat naik. Saya Datuk Hajjah Kamaliah Abdul Halim, selaku Pengasas RZAC COSMETIC akan terus berusaha untuk menaikkan lagi nama RZAC COSMETIC ke seantero dunia walaupun pelbagai jenama kosmetik tumbuh bagaikan cendawan di negara ini. Ianya bukan omongan kosong, kerana kami di RZAC COSMETIC semakin hari semakin berani untuk ‘menggeledah’ apa jua bahan alami yang boleh kami dijadikan produk terbaru keluaran syarikat kami. Ianya juga sebagai ‘buah tangan’ tahunan kami kepada anda. Selama 10 tahun berdiri dengan kaki sendiri, Alhamdulillah, RZAC COSMETIC mampu menahan empayarnya agar tidak ‘diceroboh’ oleh mana-mana pihak. Jatuh bangun RZAC COSMETIC dalam pasaran negara telah menjadikan kami lebih matang untuk terus melangkah demi merialisasikan impian pengguna setia kami. Di kesempatan yang ada, menerusi katalog edisi ke-8 ini, Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pengedar dan pengguna setia RZAC COSMETIC kerana bersama-sama menggembeling tenaga menaikkan nama RZAC COSMETIC di merata dunia. InsyaAllah, jika berpeluang, RZAC COSMETIC bakal menembus pasaran antarabangsa selain Malaysia, Indonesia dan juga Brunei. Ini merupakan matlamat utama pihak RZAC COSMETIC selain dapat menghasilkan10 produk baru pada setiap tahun. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia, Indonesia dan juga Brunei kerana telah mengangkat nama produk keluaran kami sekaligus telah menjadikan RZAC COSMETIC setanding dengan produk keluaran antarabangsa yang lain.Walaupun tidak berkesempatan bertemu secara empat mata dengan anda, saya harap katalog ini dapat menjadi pengganti diri untuk saya melahirkan ucapan terima kasih saya kepada semua. Syukur Alhamdulillah, dengan adanya pelanggan yang sentiasa menyokong dari belakang sep erti anda, RZAC COSMETIC kini maju setapak lagi dengan lahirnya ‘bayi’ baru iaitu DKAY COLOUR BEAUTY. Ini semua berkat sokongan dan kesetiaan para pengguna RZAC COSMETIC. DKAY COLOUR BEAUTY menggabungkan pelbagai rangkaian barangan yang terdiri daripada gincu bibir, pengilat bibir, pensil bibir, pembayang mata, mascara, pemerah pipi dan banyak lagi. Ianya bukan sahaja di datangkan dengan harga yang mampu di miliki oleh semua golongan, malah kualitinya juga setanding produk antarabangsa yang lain. Rangkaian warna yang diilhamkan memberikan pengguna lebih kepuasan setelah menggunakan produk ini. Bagi menjamin kualiti produk, DKAY COLOUR BEAUTY telah menggabungkan rumusan serta warna khas sekaligus menjadikan produk ini lain dari yang lain. Untuk produk tatarias wajah DKAY COLOUR BEAUTY ini, anda boleh dapatinya di semua rangkaian RZAC di seluruh negara. RZAC COSMETIC akan terus menarik lebih ramai pengguna dari dalam dan luar negara dengan mempelbagaikan rangkaian produk terbaru di samping menggunakan teknologi yang tinggi dan terkini. Demi merialisasikan impian kecantikan setiap insan, RZAC COSMETIC berusaha lebih keras lagi bagi memasarkan pelbagai produk yang bermutu tinggi standing produk antarabangsa tetapi dengan harga yang cukup berpatutan dan mampu di miliki oleh semua golongan. Jadi kami di RZAC COSMETIC amat mengharapkan kerjasama anda untuk memberi maklum balas atas apa jua produk yang telah kami hasilkan.Sebarang komen dan maklum balas anda akan kami pertimbangkan dan ianya sebagai rujukan untuk mengeluarkan produk yang lebih baik untuk masa yang akan datang. Kami di RZAC COSMETIC bukan sahaja peka dengan kecantikan wanita, malahan kami juga sedaya upaya mahu membantu golongan wanita di luar sana untuk mencari pendapatan sampingan dengan memasarkan produk-produk keluaran RZAC COSMETIC. Bukan keuntungan yang berlipat ganda yang pihak RZAC COSMETIC harapkan, tetapi perkongsian serta pembahagian rezeki itu lebih penting bagi membangun ekonomi keluarga. Bak kata pepatah “ yang sikit sama di lapah, yang banyak sama di jamah.” Di kesempatan ini juga, saya ingin memperkenalkan duta terbaru RZAC COSMETIC iaitu Erin Rahim dimana beliau juga merupakan salah seorang pengarah di syarikat ini. Di harap dengan kehadiran Erin dapat memperkembangkan lagi syarikat ini di samping dapat mengeluarkan lebih banyak produk untuk kegunaan masyarakat di luar sana. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat mencuba produk keluaran RZAC COSMETIC. Kepuasan anda adalah keutamaan kami. PENGASAS RZAC COSMETIC DATUK HAJJAH KAMALIAH ABDUL HALIM
(REEN ZAC COSMETIC, DKAY COLOUR BEAUTY , DKAY BUSANA , RZAC HERBAL SHOPPE & RZAC CLASSIQUE SPA, AKADEMI KECANTIKAN RZAC)
|